Blog ada salji

mas

mas

mas

Selasa, 11 Oktober 2011

KEISTIMEWAAN Beauty Collagen



Tentang kaitan antara penjagaan kulit dan supplemen.... fokus kepada....wajah kusam....kenapa wajah kusam? .dari segi teori dan sains kenapa kulit menjadi kusam dan tidak berseri....??? Kulit menjadi kusam mempunyai kaitan dengan zat yang diperolehi oleh kulit seseorang.Tahukah anda bahawa kulit wajah kita boleh bertukar dalam masa 3 minggu. Ini kerana sel kulit wajah hidup selama 3 minggu dan kemudian akan bertukar kepada sel baru.Dan jika kita tidak mengambil makanan yang berzat, bagaimana kolagen boleh terbentuk? bagaimana sel baru boleh keluar disamping menyingkirkan sel lama atau sel mati? Sebab tu kulit nampak kusam…Tahukah anda Sel terbentuk dari protein.



 Mana datangnya sumber protin? dari ikan, ayam, telur, kekacang.Namun tahukah anda protin tidak dapat hidup dalam suhu yang tinggi?Apabila kita masak, kita akan pastikan masakan itu masak sehingga mendidih. Maka secara langsung protien akan mati... protein hidup dalam suhu tidak lebih dari 37*celcius...last2 dapat rasa sedap je..tp zatnye dah hilang.... Kerana itu kita digalakkan mengambil supplement protein....Jika sel mendapat cukup protein, sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel yang lama dan secara langsung wajah akan nampak lebih berseri….In addition to soy protein, sel tadi juga memerlukan vitamn C untuk membentuk kolagen bagi menambahkan kekenyalan kulit. Manakala vitamin E penting untuk saraf dan memberikan awet muda kepada kulit.......




Ada sesetengah dari kita memang sudah dikurniakan kulit yang cantik dan mulus..Tidak perlu bersusah payah ke pusat kecantikan, ..tak perlu tempek segala mcm krim ataupun bergantung pada suplemen sangat.....tetapi sesetengah dari kita memerlukan bantuan suplemen untuk memiliki kulit yang cantik.. walaubagaimana pun, terpulang kepada anda... …apa yang kita makan hari ini bukan memberi kesan sekelip mata…tetapi pelaburan jangka masa panjang tanpa kita sedari. ..Yang pasti kecantkan itu milik setiap insan…dan ianya datang dari Tuhan…banyakkan berselawat dan jangan lupa berdoa setiap kali melihat cermin…kecantikan luaran itu terhasil dari kecantikan dalaman jua dan juga amalan pemakanan kita .





UTAMAKAN NUTRISI DALAM TUBUH BADAN KITA Ramai diantara kita lupa tentang apakah kepentingan nutrisi untuk tubuh badan yang sihat … malah ramai diantara kita terlalu asyik dengan kepentingan nutrisi untuk luaran sahaja seperti muka, kulit, rambut, dan bentuk badan yang ideal … Ramai yang tidak mengetahui bertapa pentingnya nutrisi untuk sihatkan badan … ada juga yang memandang ringan adalah benar tidak dapat merasakan atau melihat kesan-kesan kekurangan nutrisi untuk badan dengan serta-merta, tetapi akan dapat merasai kesan-kesan tersebut apabila usia semakin meningkat … Badan memerlukan nutrisi untuk bertindak mengikut keperluan organ-organ dalaman badan . Pengguna tidak pernah ragu-ragu mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli krim muka … tetapi apabila hendak mengeluarkan duit untuk membeli suplemen yang boleh membantu menyihatkan dalaman badan,malah menjadi ragu-ragu … Realitinya … organ-organ dalaman badan memerlukan fokus yang sama dengan luaran tubuh badan … contohnya … kulit kita memerlukan krim untuk memberi kelembapan dan memastikan kulit tidak menjadi kering … sel-sel dalaman badan juga memerlukan air untuk memastikannya tidak kering … Sesiapa pun boleh dapatkan luaran badan yang amat canti lagi menarik … tetapi tiada maknanya kalau dalaman badan kita tidak sihat … ‘Suapkan’ nutrisi yang baik dan cukupi kepada tubuh badan . Oleh itu mulakanlah memberi fokus yang sepatutnya kepada luaran serta dalaman badan kita …



 KENAPA DETOKSIFIKASI DIPERLUKAN?



Demi menjaga kesihatan sistem usus untuk membuang toksin atau sisa badan yang berlebihan . Apabila sisa-sisa makanan berkumpul dalam badan tanpa disingkirkan ia akan menjadi toksin dan membebankan organ badan lain untuk bekerja dengan lebih kuat dalam menyingkirkan toksin berlebihan .

* Mungkin anda akan bertanya , saya membuang air besar setiap hari ?



Adakah badan saya masih bertoksin ? sebenarnya badan tetap mempunyai pengumpuklan sisa-sisa atau toksin -toksin dalam usus sebanyak 6 hingga 10 paun walaupun kita mempunyai tabiat membuang air besar yang normal setiap hari . Jika usus badan adalah kotor dan ditetapkan dengan sisa yang tidak disingkirkan toksin yang kian berkumpul akan mengalir balik ke saluran darah dan menjejaskan sistem penghadaman dan kumuhan badan ,

maka ia amat penting untuk kita sentiasa mengekalkan  kebersihan dinding usus dengan mengamalkan program detoksifikasi yang berterusan .


KESAN TOKSIN PADA TUBUH MANUSIA

Kandungan toksin di dalam tubuh manusia dalam jangka waktu

yang lama dapat memusnahkan tiga sistem pembersihan toksin utama:

  1. Sistem pencernaan
  2. Sistem penyaringan: hati, ginjal, rahim dan kulit.
  3. Sistem endokrin: kelenjar pituitari, kelenjar adrenal, kelenjar gondok

Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh penumpukan toksin adalah:
  1. Masalah atau Penyakit kulit: Penumpukan toksin di dalam kulit akan menyebabkan jerawat, dll
  2. Asma: Apabila seorang penderita mencuba mengeluarkan sisa pembuangan yang berlebihan, akan terlihat tanda-tanda seperti asma, batuk, hidung berair, bengkak air di mata, dll.
  3. Penyakit hati
  4. Pengerasan pada saluran darah: Sisa-sisa pembuangan bertoksin akan melekat pada dinding saluran darah dan menghambat peredaran darah yang lama kelamaan akan mengeras serta menebal. Hal tersebut dapat mengakibatkan tekanan darah tinggi, pembekuan darah,lemah jantung dan stroke.
  5. Masalah atau Penyakit jantung dan tekanan darah tinggi
  6. Kantong hempedu & batu ginjal: Toksin yang menumpu di dalam kantong hempedu atau buah pinggang dapat mengeras menjadi batu (dari sebesar sebutir pasir di kantong hempedu sampai sebesar telur  ).
  7. Sakit persendian & tulang linu: Toksin yang bersifat asam dalam tubuh dapat mengakibatkan sendi tubuh membengkak. Jika keadaan semakin parah, tubuh akan mederita sakit persendian atau artritis. Apabila toksin tersebut berakibat buruk terhadap otot-otot, tubuh akan mengalami tulang linu atau rematik.
  8. Tumor: Pembuangan bertoksin yang tertumpu di berbagai jaringan tubuh dapat menyebabkan tumor
  9. Demam: Demam adalah cara tubuh kita membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih melawan racun di dalam tubuh, tingkat metabolisme semakin cepat sehingga mengakibatkan tubuh kita demam.
  10. Perut kembung
  11. Kerosakan gigi
  12. Sembelit: Sembelit merupakan penyebab utama berbagai penyakit. Sisa pembuangan bertoksin yang menumpu pada dinding usus akan menyebabkan usus ditutupi lapisan selaput yang tebal dan berat.
    .

    melilea organik indonesia
    Hal tersebut menyebabkan proses pengeluaran yang membantu pencernaan semakin berkurang. Akibatnya bahan-bahan yang tidak tercerna akan mengakibatkan penyakit gastrousus. Apabila toksin semakin bertambah, toksin yang melapisi dinding usus tersebut sudah mulai meracuni darah dan menyebabkan berbagai penyakit.

  13. Terlalu gemuk atau kurus: Bentuk tubuh yang tidak ideal biasanya berasal dari tingkat metabolisme yang berlebihan. Mereka yang berbadan gemuk mempunyai lemak berlebihan yang penuh dengan sisa-sisa pembuangan. Sementara mereka yang berbadan kurus tidak dapat menyerap zat-zat makanan dengan efekti

Dr.Maz Fullmeal & dr.Maz Nutrimilk juga mampu membantu merangsang kesuburan dah kehamilan bagi ibu-ibu yang mengidamkan zuriat..


Khasiat buah Beri Acai (Acai Berry)

Beri acai atau nama botaninya euterpe oleracea adalah sejenis buah yang kini mendapat perhatian ramai berikutan khasiatnya terhadap kesihatan tubuh manusia. Buah beri acai dikatakan berasal dari hutan hujan Amazon. 

Sebenarnya, buah beri acai ini telah digunakan selama beribu tahun lalu, tetapi ia hanya diperkenalkan pada masyarakat Barat pada tahun 1990.  

Lapan spesis asli buah beri acai berasal dari Amerika Tengah dan Selatan, iaitu dari Belize selatan ke Brazil dan Peru. 

Pokok beri acai tumbuh terutamanya di paya dan dataran banjir. Pokok beri acai agak tinggi, mempunyai batang yang kurus dan ramping. Ia mampu tumbuh hingga mencecah 15-30 meter, dengan daun menyirip (pinnate) dan boleh mencapai 3 meter panjang.

 Masyarakat yang menghuni hutan Amazon menggunakan beri acai untuk merawat pelbagai jenis masalah kesihatan. Malah, ada yang menggelar buah beri acai sebagai permata rahsia dari hutan hujan Amazon. 

Buah beri acai diperoleh dari pohon palma. Buahnya berada dalam kelompok dan bergantungan pada dahan-dahan pohon ini. 

Setiap pohon palma menghasilkan kira-kira 20 kilogram buah yang dihasilkan setiap tahun. Buah beri acai dihasilkan dalam malai bercabang daripada 500-900 buah.

Buah beri acai kecil kira-kira 1 inch (25 mm), berbentuk bulat, berwarna ungu kehitaman di keliling, hampir sama tetapi lebih kecil daripada anggur dan dengan pulp kurang dan bijinya lebih besar daripada biji anggur. Buah ini memiliki biji tunggal yang besar sekitar 0.25-0.40 inci (7-10 mm) diameter. Buah matang adalah warna ungu, atau hijau, bergantung pada jenis Acai dan tahap kematangannya. Kulit buah ini lembik dan tipis, dengan ketebalan konsisten 1 mm atau kurang. Ini mengelilingi isi buah tebal dan keras, yang mengandungi biji yang agak besar, sekitar 80% dari buah.


 Melalui kajian yang telah dilakukan oleh pengamal perubatan professional di Amerika Syarikat, buah beri acai dikatakan mengandungi pelbagai zat seperti besi, kalsium, karbohidrat, serat dan antioksidan. 

Buahnya turut mengandungi vitamin dan mineral yang penting termasuklah vitamin B, E, asid lemak (fatty acid) Omega 3, Omega 6 dan Omega 9.

Buah beri acai yang telah dijadikan jus dikatakan mempunyai protein lebih daripada telur. Protein adalah sumber utama dan merupakan komponen penting bagi hormon dan kebanyakan tisu tubuh termasuklah organ dan otot-otot. Protein juga membantu pembentukan lapisan luar rambut, kuku dan kulit.

Jus buah beri acai mengandungi glukosamin. Sebatian ini mampu membantu menguatkan tubuh dan mengekalkan tisu tubuh. Kalsium yang dimiliki oleh buah beri acai boleh menguatkan tulang, mencegah keretakan dan mencegah kehilangan tisu tulang

Zat ini sesungguhnya amat penting bagi wanita yang mengalami masalah sakit haid melampau, kerana ia melindungi lapisan perut dan rahim, sekaligus membantu mengurangkan sakit akibat kekejangan dan pembengkakan.

Mampu beri perlindungan pada jantung

Antioksidan yang dikenali sebagai polifenol yang terkandung dalam jus buah beri acai dikatakan amat baik untuk melindungi jantung dan memperbaiki penghasilan oksida nitrik dalam sel-sel endothelial. Oksida nitrik dikatakan membantu melindungi saluran darah untuk lebih mengendur dan mengembang, sekaligus mengurangkan tekanan pada jantung dan mengurangkan risiko saluran darah tersekat.

Selain itu buah beri acai juga kaya dengan asid lemak perlu (EFA) yang dikatakan mampu mengurangkan kolesterol tidak baik yang bahaya untuk kesihatan. Anthocyanin dalam buah beri acai boleh melindungi saluran darah yang kecil dan besar termasuk vena, arteri dan kapilari. Indek glisemik rendah yang diberikan buah beri acai mampu memperbaiki tahap glukos dan lipid pesakit diabetes.

Beri tenaga

Antioksidan dalam buah beri acai amat baik untuk kulit. Antocianin dan fitosterol di dalam buah beri acai ini boleh mengurangkan hakisan lapisan perlindungan kulit dan melindungi tisu-tisu penyambung termasuklah kolagen. Bagi mereka yang ingin menjaga kecantikan kulit, amat sesuai mengambil buah beri acai dalam pemakanan harian.

Zat dalam buah beri acai juga dikatakan mampu merangsang pertahanan semulajadi tubuh dalam menguatkan sistem imun. Ia juga dikatakan mampu mencegah pengoksidaan, salah satu daripada penyebab utama kelemahan sistem imun dan juga mengurangkan kekerapan penyakit berjangkit.

Buah beri acai mengandungi kandungan lemak yang terdiri daripada asid oleik (56.2% dari jumlah keseluruhan lemak), asid palmitic (24.1%), dan asid linoleik (12.5%). Acai juga mengandungi beta-sitosterol (78-91% dari jumlah keseluruhan sterol). Kandungan minyak dalam buah beri acai mengandungi polifenol seperti oligomer procyanidin dan asid vanillic, asid syringic, asid p-hidroksibenzoik, asid protocatechuic dan asid ferulat, walau bagaimanapun ia menurunkan secara mendadak semasa simpanan atau terdedah kepada suhu panas.
Menurut kajian, serbuk beku-kering beri acai terbukti mempunyai kesan ringan penyekatan atau penghalangan kepada enzim siklooksigenase COX-1 dan COX-2. Ekstrak polifernol dari buah beri dilaporkan mampu untuk mengurangkan anti-pembesaran sel leukemia. Kesan anti-pembesaran ini juga terdapat dalam minyak yang diekstrak dari pulp beri acai.

Dalam kajian terhadap tikus yang diberi diet kolesterol tinggi, makan tambahan dengan pulpa kering buah acai mengurangkan tahap lipoprotein kolesterol dan aktiviti superoksida dismutase dalam darah. Beri acai yang dimakan secara mentah telah diuji sebagai laksatif untuk sistem pencernaan. Ia juga boleh digunakan sebagai pewarna makanan alami.

Jus buah beri acai juga dikatakan kaya dengan campuran asid amino perlu dan mineral yang amat baik untuk kekuatan dan penyembuhan selepas aktiviti yang memberi tekanan pada otot. Dengan meminum jus buah beri acai juga dikatakan mampu memberi tenaga selepas melakukan aktiviti senaman dan kerja-kerja seharian. Beta karotena dan vitamin C dalam jus buah beri acai dikatakan mampu memberi zat dalam melindungi kesihatan mata dan mengurangkan komplikasi penyakit kemerosotan makular pesakit diabetes.

 
 Membantu menurunkan berat badan

Buah beri acai dikatakan mampu mengurangkan proses penuaan dan membantu pemulihan sel kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Selain daripada itu, ia dikatakan boleh membantu penurunan berat badan. Agen pengurangan berat badan yang terdapat dalam buah beri acai dikatakan dapat meningkatkan tahap metabolisme yang mampu menyebabkan penurunan berat badan. Hal ini terjadi kerana buah beri acai mengandungi antioksidan (zat yang mencegah tekanan oksidatif dan kerosakan sel) yang sangat besar jumlahnya. Antioksidan membolehkan proses pemecahan lemak berlaku dengan lebih cepat, meningkatkan tahap tenaga dan mengurangkan keletihan. Gabungan kesan ini membuat proses menurunkan berat badan menjadi lebih cepat dan mudah tanpa kesan sampingan yang biasanya berkaitan dengan bahan kimia sintetik. Banyak kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan diet yang tinggi kandungan antioksidan adalah kunci untuk penurunan berat badan.

Berikut disenaraikan beberapa manfaat buah beri acai :
  • penurunan berat badan
  • peningkatan tenaga
  • pencernaan yang baik
  • peningkatan kualiti tidur
  • peningkatan kesihatan mental
  • sistem imunisasi (kekebalan) yang lebih kuat
  • memelihara kesihatan kulit (lebih sihat)
  • awet muda
  • manfaat detoksifikasi
  • membaiki peredaran darah
  • memelihara kesihatan jantung
Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan buah beri acai, namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.